Luhur

Pelajar dilatih untuk membina roadmap mahu ke Syurga dengan menanam rasa cinta kepada Allah, sayang kepada Nabi dan kasih sesama makhluk.

Anggun

Pelajar dilatih untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan orang lain melalui Little Muhammad Leadership Program.

Pintar

Pelajar diberi peluang membangunkan skil & kepintaran pelbagai melalui Program Bakat & MyAbqari Smart Lab.

Barisan guru yang comel dan ceria di Little Abqari.

Pandangan ikhlas ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Little Abqari.

Image is not available
Puan Siti Rafidah Abd Rashid
Setiausaha CIMB Investment

Tadika yang terbaik. Banyak terapkan nilai-nilai murni dan cara nabi. Alhamdulilah anak saya dari yang sulung sampai nombor 4 masih setia di sini. Semoga Tadika Little Abqari bertambah maju dan dapat mendidik anak-anak syurga dengan lebih ramai. Aaminn.

Image is not available
Dr. Samsia Lattang
Optometrist HOSPITAL SELAYANG

Kakaknya terkejut dan jealous melihat bacaan adiknya Toriq yang lancar dan tulisannya yang kemas.

Image is not available
Puan Noradyani ab rahman
Guru SMK Taman Desa 2

The best tadika ever! Percayalah. Alhamdulillah, dah daftar dan dah bayar untuk 2019 😍 lega! Pendidikan yang bagus bukan hanya tahu baca dan tulis, tapi harus mencakupi segenap sudut. Harus seimbang jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Senang je nak tahu sekolah tu best atau tak. Tengok anak kita, semangat ke tak, nak ke sekolah. Kadang-kadang, dari riak muka pun boleh tahu. Untuk mak-mak yang cerewet dan fussy dengan pendidikan anak-anak macam saya, yang ada di Bandar Country Homes dan sekitar, boleh hantar anak ke sekolah ni. Tadika Little Abqari namanya. Insya Allah terbaik!

Image is not available
Puan Munira Hanim Halim
Penolong Akauntan JKR

Alhamdulillah atas pencapaian sehingga hari ini. Hampir 2 tahun TM Ukasyah belajar di sini. Terima kasih cikgu-cikgu di Tadika Little Abqari Saujana Rawang. Kini TM Aamir Ukasyah lebih lancar dalam bacaan dalam solat, doa-doa pendek, surah-surah pendek dan bacaan Iqra'. Jasa dan tunjuk ajar dari guru-guru amatlah dihargai. Terima kasih tim guru di Tadika Little Abqari kerana mendidik dan melahirkan pelajar minda kelas pertama.

Image is not available
Puan Herlivivi Optrijuni Jozef
Pengurus Bank MBSB

Kami pertama kali mengenali Tadika Little Abqari melalui jiran. Anak dia rajin baca hafazan kuat-kuat depan rumah. TM Ariq Iskandar di Tadika Little Abqari. Sebak pula ibu jadinya kerana tahun ini adalah tahun terakhir dia dicsini. Besar jasa guru-guru dan banyak pencapaian yang berjaya diperolehi. Dari tidak pandai membaca sudah lancar bacaan dan menjadi ulat buku tegar. Dari tidak pandai mengaji sudah mula membaca Al-quran. Dari tidak pandai mengira sudah pandai mencongak dengan laju. Guru-guru di tadika banyak membantu menggilap bakat kepimpinan, menjadikan dia lebih berani dan bertanggungjawab.

Image is not available
puan hamidatul syazwani Abdul Ghafar
Pegawai Bank PUBLIC BANK

Tadika Little Abqari bukan sahaja mengajar anak-anak, tapi mengajar kami ibu bapa untuk menjadi insan yang lebih santun. Cara cakap, etc memang kami cuba praktikkan. Tq korang..

previous arrow
next arrow
Slider

DAFTAR SEGERA