PENERBITAN

Melalui Modul Islami Abqari PRAKAFA Tadika yang dihasilkan berdasarkan konsep Smart Muslim ini, pelajar dilatih dan ditanam rasa cinta kepada Allah, sayang kepada nabi dan kasih sesama makhluk.

Modul Islami Abqari PRAKAFA Tadika

Siri Modul Islami Abqari ditawarkan dalam 6 topik asas untuk kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun:

  • Asas Tulisan Jawi
  • Asas Bahasa Arab
  • Asas Tauhid
  • Asas Feqah
  • Sirah Nabi
  • Akhlak dan Doa

Melalui modul yang dihasilkan berdasarkan konsep Smart Muslim ini, pelajar dilatih dan ditanam rasa cinta kepada Allah, sayang kepada nabi dan kasih sesama makhluk menjadikan mereka suka melakukan perkara-perkara yang disukai Allah dan ibu bapa seperti suka bersolat dan berzikir, suka bercakap baik dan berkata benar, suka berdoa dan mendoakan orang lain, suka meminta maaf dan memaafkan orang dan lain-lain.

“Awal-awal agama mengenal Allah”