MODUL BAKAT

Di samping program teras berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kami juga menawarkan pakej premium seperti kelas renang, memanah, taekwando, ukelele dan sebagainya.

KELAS TAEKWANDO

Kelas Taekwondo ditawarkan secara PERCUMA kepada pelajar Tadika Little Abqari sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Di Little Abqari, Kelas Tekwondo di adakan setiap hari Selasa dan Rabu mengikut cawangan dengan kerjasama Kelab Taekwondo Hypermax Rawang.

Antara faedah taekwondo kepada kanak-kanak ialah:

  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Mengajar disiplin dan kawalan kendiri
  • Membantu mengasah kemahiran sosial
  • Memberi kecergasan fizikal
  • Melatih daya fokus

KELAS RENANG

Kelas Renang merupakan salah satu kelas premium bakat yang ditawarkan oleh Tadika Little Abqari.

Kelas Renang ini dijalankan pada setiap hari Rabu dengan kerjasama Splashtastik Swim School yang terdiri daripada jurulatih renang yang terlatih.

Ini ialah antara kelebihan belajar berenang untuk kanak-kanak:

  • Membentuk otak, emosi dan fizikal yang sihat
  • Kemahiran life saving
  • Senaman lengkap
  • Bina keyakinan diri
  • Memupuk silaturrahim
  • Membentuk disiplin dan melatih untuk berdikari

KELAS UKELELE

Kelas Ukulele ialah satu-satunya kelas bakat seni yang ditawarkan oleh Tadika Little Abqari kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga remaja berumur 17 tahun.

Kelas yang dijalankan pada setiap Hari Isnin ini merupakan kelas yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

Di antara kelebihan muzik yang ketara terhadap perkembangan awal kanak-kanak ialah ia membantu untuk meningkatkan koordinasi tangan-mata serta melatih kemahiran motor halus dan motor kasar.

Ukulele ialah pilihan instrumen pertama yang sangat baik untuk kanak-kanak kerana ia senang dipelajari berbanding dengan gitar. Saiznya yang kecil dengan tali nylon yang lembut membuatkannya ia lebih selesa dipelajari.

KELAS MEMANAH

Kelas Memanah ini ditawarkan kepada kanak-kanak yang berumur daripada 4 hingga 6 tahun. Modul latihan yang digunakan adalah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Peralatan memanah yang disediakan juga mesra kanak-kanak.

Uniknya kelas memanah ini, sebelum kelas bermula jurulatih akan membimbing pelajar berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW serta membaca dan membetulkan niat untuk mengikuti Sunnah Rasulullah.

Di antara kelebihan yang diperolehi daripada belajar memanah ialah:

  • Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan dan mata
  • Memperbaiki kesihatan kardiovaskular serta kekuatan otot
  • Merupakan senaman minda yang boleh meningkatkan kekuatan mental dan tahap focus
  • Melatih diri untuk bertenang, bersabar dan menstabilkan emosi

KELAS ROBOTIK

Kelas Robotik dan Asas Koding merupakan program STEM yang ditawarkan oleh Little Abqari kepada kanak-kanak tadika berumur seawal 4 tahun sehingga ke peringkat sekolah rendah dan menengah.

Program yang menarik ini membantu membangunkan teras kemahiran STEM yang akan digunakan oleh pelajar di dalam mata-pelajaran lain di sekolah dan dalam kerjaya mereka pada masa hadapan.

Di samping itu ia memberi peluang kepada pelajar untuk menyelam jauh ke dalam dunia robotik dan meneroka bagaimana pengaturcaraan computer dan rekabentuk robot dapat menyelesaikan pelbagai masalah.