LATIHAN

Kami juga memberikan latihan kepada tadika-tadika lain serta guru-guru tadika. terdapat beberapa jenis latihan yang disediakan antaranya Kursus Modul KAFA, Kursus Guru Pendorong dan sebagainya.

KURSUS MODUL IKAFA

Kursus ini ditawarkan khas untuk tadika-tadika yang menggunakan Modul Islami Abqari PRAKAFA Tadika yang merangkumi topik Asas Tulisan Jawi, Asas Bahasa Arab, Asas Tauhid, Asas Feqah, Sirah Nabi dan Akhlak & Doa.

Peserta kursus akan didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menggunakan Modul Islami Abqari.

KURSUS GURU PENDORONG

Kanak-kanak hanya perlu perlu diberi dorongan untuk mereka belajar membuat perkara yang betul dan baik. Tiada hukuman untuk kanak-kanak kerana mereka tiada dosa. Hukuman untuk menghapuskan dosa. Ini ialah prinsip yang perlu dipegang oleh guru-guru pendidikan awal kanak-kanak.

Dengan tagline “Change Your Words Change Your World”, Kursus Guru Pendorong memberi satu “life changing experience” kepada peserta yang terdiri daripada guru-guru.

Strategi, Komunikasi, Ganjaran, Pujian dan Betulkan Kesalahan ialah antara topik-topik yang dirangkumi di dalam kursus ini.

GAMIFICATION

“Fun and effective” ialah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan mengenai kursus Gamification yang penuh dengan aktiviti permainan ini.

Sesuai dengan namanya, kursus ini berkisar tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan (Games Based Learning) sebagai satu kaedah yang sangat berkesan untuk dipraktikkan oleh guru-guru.

USTAZ KARTUN

Lukis, Faham dan Hafal. Melalui kursus ini ayat-ayat Al Quran diterangkan dengan menggunakan ilustrasi kartun dan komik yang memberikan gambaran kepada setiap ayat.

Ustaz Nasrul a.k.a Ustaz Kartun menggunakan pendekatan kartun dan komik dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kursus ini. Kaedah ini berkesan untuk menarik minat dan mendorong peserta sewaktu belajar.

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Little Abqari menawarkan pelbagai aktiviti program cuti sekolah untuk kanak-kanak tadika yang berumur seawal 4 tahun. Ia juga ditawarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengikut kesesuaian program.

Antara contoh program yang dijalankan ialah Doodle Art, Batik Chanting, Cooking Class, Sewing Class, Go Green Grow dan banyak lagi.