Kelas Bakat Seni UKULELE Dibuka Sekarang!

  • 31
  • jan



    2020

Kelas Bakat Seni UKULELE kini di Little Abqari Rawang!!


Kelas bermula Februari setiap hari Isnin.


Kelas Petang : 4 - 6 tahun
Kelas Malam : 7 - 17 tahun


Yuran bulanan : RM80


DAFTAR SEKARANG dan beli Ukulele untuk dapatkan PERCUMA beg, strap, pick, pick holder & tuner.


Berminat? Klik nombor telefon pengurus cawangan kami untuk maklumat lebih lanjut.
018-762 5456 (Bandar Country Homes)
013-880 2545 (Saujana Rawang)
018-325 4584 (Bandar Tasik Puteri)

Kelebihan Muzik Dalam Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Apabila kanak-kanak didedahkan dengan muzik dan persembahan muzikal daripada awal, kesannya agak mendalam. Sebenarnya apabila kanak-kanak meneroka muzik melalui bermain, mereka akan membuat banyak penemuan mengenai diri mereka sendiri dan dunia di sekeliling mereka.

Di samping itu juga mereka dapat membina perbendaharaan kata yang lebih luas dan membantu dalam kemahiran membaca dan matematik. Selain itu, muzik membantu kanak-kanak mengukuhkan kemahiran emosi serta sosial, dan sudah tentunya membantu dalam perkembangan dan penghargaan muzik itu sendiri.

Menurut Carnegie Hall, muzik penting di dalam perkembangan awal kanak-kanak terutamanya untuk meningkatkan koordinasi tangan-mata, melatih kemahiran motor halus dan motor kasar dan sebagainya.

Ukulele Sebagai Pilihan Instrument Pertama

Ukulele ialah instrumen pertama yang sangat baik. Ia senang dipelajari berbanding dengan gitar atau instrumen bertali yang lain.

Tali nylon pada ukulele yang lembut adalah lebih selesa pada hujung jari dan tidak menyakitkan seperti tali gitar.

Saiznya yang kecil juga mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan kerana notanya dapat dicapai tanpa perlu diregangkan tangan.

Tambahan lagi ia hanya mempunyai 4 tali yang membuatkannya lebih senang dipelajari.

Menyedari pelbagai faedah kepada pelajar yang bakal diperolehi, Tadika Little Abqari menawarkan Kelas Bermain Ukulele kepada pelajar untuk tahun 2020 ini sebagai salah satu kelas premium bakat.

Sumber:
https://www.portdiscovery.org
https://takelessons.com
https://www.fender.com

Berminat? Klik nombor telefon pengurus cawangan kami untuk maklumat lebih lanjut.
018-762 5456 (Bandar Country Homes)
013-880 2545 (Saujana Rawang)
018-325 4584 (Bandar Tasik Puteri)